Carian :
Suhu Kini 28°C
| 24 Jan 2019, | |
Bahasa Melayu | English
« Januari 2019 »
AhIsSeRaKhJuSa
  12345
6789101112
13141516171819
20212223
24
2526
2728293031  
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


       
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
LAMAN UTAMA > Berita Ringkas

BERITA HARIAN : BANJIR TERENGGANU: 3,359 MANGSA BANJIR DARIPADA 861 KELUARGA
Kategori:Berita Ringkas
 

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,359 orang daripada 861 keluarga yang sudah dipindahkan ke 53 pusat pemindahan sejak semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, sehingga jam 11 pagi tadi, daerah Besut adalah kawasan paling teruk terjejas apabila seramai 1,567 orang daripada 369 keluarga terutama dari kawasan Hulu Besut telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Masjid Kampung Belauh, Masjid Kampung La, Dewan Orang Ramai Keruak, Surau Kampung Pak Sik dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payung.

Banjir di daerah itu menyebabkan beberapa jalan ditutup kepada semua kenderaan.

Antara jalan yang masih ditutup kerana dinaiki air sedalam satu meter termasuk, Jalan Jerteh Pasir Akar-Kampung Keruak di Kampung La, Jalan Jabi (Kampung Oh)-Pasir Akar di Kampung Darau dan Jalan Seberang Jerteh - Kuala Besut di Kampung Nangka.

Di Hulu Terengganu, seramai 789 orang daripada 253 keluarga telah dipindahkan. Antara kampung yang terbabit termasuk Kampung Peladang, Kampung Penih dan Kampung Cheting.

Beberapa jalan yang ditutup untuk semua kenderaan termasuk Jalan Pengkalan Ajal - Simpang Felda Tersat di Pengkalan Ajal, Jalan Bukit Perah-Kuala Kenjir di Kampung Jak dan Jalan Matang-Kuala Telemong di Kampung Bukit Tadok selepas dinaiki air antara satu hingga 2 meter. Sementara Jalan Kuala Berang-Sungai Tong dan Jalan Kuala Berang-Telemong sudah di buka kepada semua kenderaan.

Di Setiu, sejumlah 432 mangsa daripada 111 keluarga di Kampung Merbau, Sungai Tong telah dipindahkan ke Kampung Merbau Menyusut.

Jalan Kampung Bukit Nyiur-Kampung Tok Nandang, Jalan Pengkalan Merbau-Kampung Pelong di Seri Kenanga dan Jalan Bandar Permaisuri-Hulu Seladang di Kampung Che Long ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air lebih satu meter.

Di Dungun, seramai 571 orang daripada 128 keluarga dari Kampung Nyiur, Paka; Kampung Besul Lama, Bukit Besi dan Kampung Paya Balai Besar dipindahkan ke tiga pusat pemindahan berhampiran. Jalan ditutup untuk semua kenderaan ialah Jalan Tok Kah - Kampung Lintang di Kampung Telaga Papan selepas dinaiki air setinggi 0.6 meter.

Jurucakap itu berkata, daerah Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu tiada mangsa banjir yang dipindahkan dan semua jalan masih boleh dilalui semua kenderaan termasuk jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan.

Bagaimanapun, Jalan Chukai ke Air Putih di Jambatan Teladas yang dinaiki air sedalam 1.5 meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

 

Sumber daripada Berita Harian, 7 November 2009 :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20091107133848/Article/

Lampiran:Tiada rekod
   
 


 

Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.

- Riwayat Al-Bukhari


Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582Bilangan Pelawat: 0000978582